Arti Sebuah Puisi


Apakah puisi? Tidak ada pengertian yang mutlak, selalu seperti seperti itu. Disini, saya akan menguraikan beberapa definisi puisi dalam masing-masing tokoh yang mampu untuk menganalisa sebuah puisi.

Sumber Gambar : infoinfodahsyat.blogspot.com
(1) Samuel Taylor Coleridge
Puisi adalah kata-kata terbaik dalam susunan terbaik.
(2) Edgar Allan Poe
Puisi adalah adalah ciptaan tenteng sesuatu keindahan dalam bentuk berirama. Citarasa adalah unsur yang diutamakan. Hubungan dengan budaya intelek atau dengan suara hati hanya merupakan hubungan yang selari. Jika bukan secara kebetulan, ia tidak ada kena mengena langsung sama ada dengan tugasnya atau dengan kebenaran.
(3) William Wordsworth
Puisi adalah pengucapan yang imaginatif dari perasaan yang mendalam, biasanya berirama……. pengucapan secara spontan tentang perasaan yang memuncak timbul dari daya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang.
(4) Matthew Arnord
Puisi…….. kritikan tentang kehidupan menurut keadaan yang ditentukan oleh kritikan untuk kritikan itu sendiri melalui beberapa peraturan tentang keindahan dan kebenaran yang puitis.
(5) Theodore Watts-Dunton
Puisi adalah satu pengucapan yang konkrit dan artistik tentang fikiran manusia melalui penggunaan bahasa yang emosional dan berirama.
(6) Andrew Bradley
Puisi yang sebenar adalah terdiri daripada rangkaian pengalaman tentang bunyi, imej, pemikiran dan emosi – yang kita alami sewaktu kita membacanya dengan cara sepuitis mungkin.
(7) Edwin Arlington Robinson
Puisi adalah bahasa yang menyampaikan sesuatu yang sukar hendak dinyatakan, tidak kira sama ada puisi itu benar atau sebaliknya.
(8) Auden
Puisi lebih merupakan pernyataan perasaan yang bercampur-baur.
(9) Shelley
Puisi adalah rakaman detik-detik yang paling indah dalam hidup kita (manusia)
(10) H. B. Jassin
Puisi merupakan pengucapan dengan perasaan yang didalamnya mengandungi fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan
(11) Baha Zain
Puisi tidak berbicara segalanya dan tidak kepada semua. Ia adalah pengucapan suatu fragmen pengalaman dari suatu keseluruhan seorang seniman.
(12) Muhammad Hj. Salleh
Puisi adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Dalam segala kekentalan itu, maka puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana.
(13) Shahnon Ahmad
Puisi adalah rekod dan interpritasi pengalaman manusia yang penting dan digubah dalam bentuk yang paling berkesan.
(14) Usman Awang
Puisi bukanlah nyanyian orang putus asa yang mencari ketenangan dan kepuasan dalam puisi yang ditulisnya. Taoi puisi ialah satu pernyataan sikap terhadap sesuatu atau salah satu atau keseluruhan kehidupan manusia.
(15) A. Samad Said
Puisi pada hakikatnya adalah satu pernyataan perasaan dan pandangan hidup seorang penyair yang memandang sesuatu peristiwa alam dengan ketajaman perasaannya. Perasaan yang tajam inilah yang menggetar rasa hatinya, yang menimbulkan semacam gerak dalam daya rasanya. Lalu ketajaman tanggapan ini berpadu dengan sikap hidupnya mengalir melalui bahasa, menjadilah ia sebuah puisi, satu pengucapan seorang penyair.
Demikian beberapa pendapat tentang erti puisi daripada beberapa penyair, pengkaji dan pengkritik yang terkenal dalam bidang puisi.
Dan daripada pendapat-pendapat yang kita telah kumpulkan itu ada beberapa ciri yang kalau kita padukan kesemuanya maka lahirlah garis kasar tentang pengertian puisi yang sebenarnya.
Ciri-ciri itu antara lainnya termasuklah imaginasi, pemikiran, idea, nada, iarama, kesan pancaindera, susunkata, kata-kata kiasan, kepadatan, perasaan, perasaan yang bercampur-baur dan sebagainya. Dan bila pula diperhalusi lagi ciri-ciri ini, maka puisi boleh kita bagikan kepada tiga eleman pokok yaitu;
( 1 ) Isi ( pemikiran, idea dan emosi )
( 2 ) Bentuk
( 3 ) Kesan. Dan kesemua elemen ini tercakup menerusi satu media iaitu bahasa.
Sumber : http://lieyacliquers1.blogspot.com
Ihsan Septiadi
Follow Me @MasterMumtaz
Salam Mumtaz !!

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s